Wednesday, December 12, 2007

otaku resources

OTAKU RESOURCES



OTAKU RESOURCES
Pengeluar perencah Char Kuey Teow Otaku. Pada awl tahun 2004 perencah ini dicipta bagi kegunaan sendiri untuk jualan harian kepada pelanggan. Dengan kuantiti yang telalu sedikit di masak ketika itu hanya untuk pelanggan setempat. Dari masa kesemasa permintaan semakin bertambah dan memberi keyakinan kepada kami untuk mengeluarkan produk ini.Dengan dorongan dan semangat yang di beri oleh pelanggan maka Perencah Char Kuey Teow keluran Otaku Resources jadi kenyataan seperti yang ada sekarang. Perencah ini kami cipta agak istimewa kerana selain dari kegunaan untuk Char Kuey Teow ianya juga amat sesuai untuk masakan yang lain seperti Mee, bihun, magie , Mee Sanggul , Kuey teow samada goreng atau pun kuah.
Didalam Perencah Char Kuey Teow Otaku ini juga telah diadun dengan bebagai perasa yang tidak perlu lagi ditambah dengan mana-mana perasa lain oleh penguna. Dengan sukatan yang ditetapkan cukup untuk anda menjadi tukang masak yang disegani. Malah sesiapa sahaja boleh memasakkannya dengan rasa yang sama. Dengan mengunakan perencah Char Kuey Teow keluaran Otaku pengguna tidak perlu menyediakan banyak bahan perasa yang lain seperti cili, garam,kicap, sos cili , sos tiram dan sebagainya kerana semua ini telah diadun didalam nya. Ianya telalu mudah disediakan.
Anda juga boleh mencubanya.....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



OTAKU RESOURCES Baru mengorak langkahnya... Masih baru di arena perniagaan ini.. Nasihat serta pandangan rakan niaga sekeliling amat di perlukan bagi berjaya dimasa hadapan. Kami sentiasa menerima pandangan dari semua pihak.

Sasaran Pemasaran adalah tertumpu kepada Pasaraya sekitar Kedah, Penjual pasar Siang/Malam, Restoran dan Memperkenalkan produk Otaku melalui expo yang dianjurkan oleh pihak kerajaan juga Swasta.Sambutan sehingga hari ini amat menggalakan, ini adalah kerana pelanggan dapat terus merasa hasil masakkan dari perencah Otaku diwarung Char Kuey teow Kami yang terletak di Gurun.Maklum balas pelanggan amat membanggakan.

Kini Produk Perencah Char Koey Teow OTAKU ini juga boleh di dapati di Ipoh En Zinal / Telok Intan En Shidi dan Kampar Puan Tumirah

Untuk Sekitar Kuala Lumpur Anda boleh hubungi En AMIZAN AZIZAN H/P NO : 019 2646986



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Bagi Menjayakan impian kami sebagai pengeluar utama Perencah Char Kuey Teow di Negara ini kami memerlukan sokongan serta rangkaian di segenap kawasan. Mereka yang mempunyai minat dalam perniagaan amat kami alukan bagi menyertai kami sebagai Pengedar , Pengoreng dan juga Stokis kawasan.